Rumusan Episod America's Next Top Model Musim 9

The Girls Go Cruisin'

Tarikh disiarkan: September 19 2007

Bagi musim kesembilan ini,33 orang wanita telah menerima panggilan telefon dari Tyra Banks dan mengumumkan mereka adalah semifinalis.33 wanita yang telah dipilih tadi telah berkumpul di pelabuhan di San Juan, Puerto Rico.Di sana mereka bertemu dengan J.Alexander,yang berada di sana untuk memberikan pas berlepas bagi 33 wanita berkenaan untuk menaiki sebuah kapal mewah Caribbean Ocean Liner,mereka semua akan menginap di sini sehinggalah Tyra mengumumkan siapakah 13 peserta akhir yang akan diserap masuk ke pertandingan itu.Tugasan pertama mereka adalah untuk berjalan sambil memperagakan jaket keselamatan,dimana gaya jalan Heather yang membongkok menarik perhatian ramai.Semasa mereka bersarapan, mereka telah bertemu dengan Tyra,sebelum satu persatu dari mereka di temuduga di ships’ Lyric Theatre.Episod kali ini telah menampilkan seorang peserta musim yang ke-10 iaitu Marvita Washington,yang gagal menempatkan diri menjadi 13 peserta akhir,beliau walau bagaimanapun talah menebus kekalahanya dengan berjaya memboloskan diri menjadi antara peserta akhir pada musim yang berikutnya.kita juga telah dimaklumkan akan Heather yang menderita dari salah satu penyakit autism.

selepas itu,kesemua semifinalis telah dibawa ke St. John's, Antigua untuk sesi pengambaraan di pantai,di mana mereka telah bertemu dengan juara musim lalu(musim 8)iaitu Jaslene Gonzalez.selepas itu,20 peserta akhir telah dipilih.semasa makan malam, tyra menyoal kesemua 20 peserta akhir yang telah dipilih tadi mengapa patut bergelar America's Next Top Model, sebelum pertimbangan yang terakhir bersama Mr. dam Ms Jay dibuat.13 wanita telah dipilih pada malam itu.

  • Jurugambar: Jim Wade
  • Penampilan Istimewa: Jaslene Gonzalez, Gregorio Cuevas, Patrick Duke

The Girls Go Green

Tarikh disiarkan: 26 September, 2007

13 orang finalis yang telah dipilih dibawa ke Los Angeles dimana mereka diperkenalkan dengan tema baru bagi pengangkutan mereka.Limousine yang disaluti warna hijau itu bergerak dengan menggunakan minyak biodiesel untuk membantu keseimbangan alam sekitar.

mereka dibawa ke sesi pengambaraan pertama mereka setelah bergelar finalis yang dimana mereka semua dikehendaki menonjolkan apa yang negatif tentang rokok terhadap kita.satu gambar diambil menunjukkan seorang perokok yang jelitawan.satu lagi gambar pula diambil lalu digabungkan dengan gambar yang tadi dengan menunjukkan pula kesan negatif yang akan diterima akibat merokok.semua peserta telah menonjolkan kesan-kesan yang berikut:

Modelkesan merokok
Ambrealkanser paru-paru
BiancaGingivitis
ChantalTracheotomy
EbonyLemah Jantung
HeatherPerokok Pasif (dengan Saleisha)
Janetterbakar
Jenahmenjadi botak akibat kemoterapi
Kimberlywajah tidak bermaya
Lisatumor pada wajah
Milahilang rambut akibat kemoterapi
SaleishaPerokok Pasif (dengan Heather)
Sarahpenuaan
Victoriamati semasa kelahiran

semasa kebanyakan antara mereka terutamanya Heather, Lisa, and Chantal beraksi cemerlang.Bianca,Ebony, Mila pula terpaksa berhempas pulas.Mila dikritik akibat tidak mampu membawa kan watak seorang pesakit kemoterapi kerana Mila merasakan ia melucukan.Ebony dan Mila akhirnya terjerumus di dua tangga terbawah pada sesi penyingkiran.Ia berpunca daripada Ebony yang kelihatan kaku dalam gambar dan Mila yang tidak serius dalam sesi fotografi.Akhirnya,Ebony dipilih bagi meneruskan pertandingan daripada Mila kerana dilihat lebih berpotensi.Pada akhir rancangan,semua diberitahu bahawa merokok adalah diharamkan pada musim ini kerana ia boleh membawa tanggapan yang buruk bagi golongan kanak& wanita itu sendiri.

  • Dua Tangga Terbawah:Ebony Morgan & Mila Bouzinova
  • Tersingkir:Mila Bouzinova
  • jurugambar:Mike Rosenthal
  • Penampilan Istimewa:Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Lisa Jackson

The Girls Go Rock Climbing

Tarikh disiarkan: 3 Oktober, 2007

Beberapa peserta telah berusaha membantu Heather mengubah imejnya.Dan selepas itu semua peserta dibawa ke Fashion Madhouse,Yang di mana J.Alexander mengejutkan para peserta dengan sesi pelajaran yang menakutkan dalam memperkemaskan langkah apabila memperagakan pakaian di mana mereka dipakaikan dengan jaket pesakit mental.Miss j. telah mengkritik gaya jalan Heather yang lemah.Dia juga turut mengkritik gaya jalan Bianca kerana dia banyak menunjukkan aksi dalam peragaannya dan agak melampaui batas.Di rumah,Saleisha dan Bianca telah bertengkar apabila Bianca dan para peserta lain menuduh Saleisha telah mempunyai banyak pengalaman di dalam dunia modeling,sementara Bianca telah memberi gelaran“borderline plus-size” kepada saleisha.

selepas cabaran memperaga pakaian,Saleisha telah memenangi tiket percutian ke Paris apabila mengetepikan semua peserta di dalam cabaran tersebut.Untuk sesi bergambar pula,kesemua peserta akan beraksi di Rock Climbing di samping para peserta memakai gaun bagi sesi itu.Heather sekali lagi menunjukkan kelebihannya apabila memberikan pandangan mata yang menarik dalam setiap foto yang diambil.Jenah,Lisa,Sarah dan Chantal turut beraksi cemerlang di dalam gambar mereka,sementara Bianca dan Kimberly terpaksa berhempas pulas dalam usaha memberi aksi yang menarik.

malangnya,kimberly dan bianca akhirnya gagal memuaskan hati juri dan akhirnya mereka ditempatkan pada dua tangga terbawah.tyra memberitahu,selain dia,tiada seorang juri pun yang menyukai gambarnya,dan kimberly pula disifatkan gagal dalam mengadaptasi pemikiran fesyennya yang tinggi ke dalam gambarnya.selepas itu,kimberly disingkirkan.

  • Dua tangga Terbawah: Bianca Golden & Kimberly Leemans
  • Tersingkir: Kimberly Leemans
  • Jurugambar: Matthew Jordan Smith
  • Penampilan Istimewa: Roy Campbell, Colleen Quen, Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Heather Kuzmich

The Girl Who Goes Bald

Tarikh disiarkan: 10 Oktober, 2007

Tyra memberitahu semua peserta tentang gambaran wajah mereka di dalam satu Makeover yang akan dilakukan di salun milik jurugaya rambut terkenal,ken pavés.Perubahan yang paling berlaku pada Bianca apabila terpaksa dicukur botak,sedangkan Tyra telah mencadangkan rambutnya diwarnakan dengan warna perang,ia berpunca dari keadaan rambutnya yang banyak mengalami kerosakan.walau bagaimanapun,beliau diberikan rambur perang yang palsu untuk dipakai ketika sesi bergambar,walaupun Bianca tidak menggunakan rambut palsu yang diberikan kepadanya didalam sesi bergambar.

cabaran kali in melibatkan para peserta mengubah wajah mereka dengan menggunakan produk Covergirlyang diletakkan di meja solek dan para peserta perlu menggeledah melalui rak-rak pakaian untuk mencari pakaian yang ada tertera nama mereka.Juri membuat keputusan bahawa Janet memilki gaya solekan yang menarik dan sepatutnya memenangi cabaran itu,walau bagaimanapun Janet telah melakukan satu kesalahan apabila tersalah memilih pakaian,lalu dia disingkirkan dari cabaran itu.akhirya kemenangan itu menjadi milik sarah,dan dia mendapat peluang untuk mengadakan sesi pengambaraan video tutorial bagi laman web Covergirl di dalam aplikasi solekan.

bagi sesi bergambar minggu ini para peserta akan memainkan peranan sebagai pelbagai jenis tumbuhan,seperti berikut:

ModelJenis Tumbuhan
AmbrealRos
BiancaBunga Matahari
ChantalBaby's Breath
EbonyBunga Cenderawasih
Heatherlalang
JanetHydrangea
JenahLumut
LisaBuluh
SaleishaBunga Tulip
SarahIvy
VictoriaKaktus

Semasa Jenah, Sarah dan Heather sekali lagi memberikan gambar yang menarik. Bianca, Ebony dan Janet diberikan pujian untuk peningkatan yang ada pada mereka, dan Chantal, Saleisha dan Victoria terpaksa bergelut pada sesi bergambar yang dijalankan.

Di panel, Chantal mendapat kritikan tentang ketidakupayaannya untuk menerima arahan dari jurugambar dan pengarah seni semasa pengambaraan.semasa juri menilai gambar kaktus Victoria,Twiggy merasakan Victoria mempunyai sifat "prickly disposition" iaitu beliau mudah terasa.komen yang diberikan kepada Victoria dengan serta merta menyoal balik kepada Twiggy.Saleisha dan Victoria berada di dua tannga terbawah dan victoria disingkirkan atas kediabannya terhadap Twiggy semasa sesi penilaian.

  • Dua Tangga Terbawah: Saleisha Stowers & Victoria Marshman
  • Tersingkir: Victoria Marshman
  • Jurugambar: Lionel Deluy
  • Penampilan Istimewa: Ken Pavés, Dawn Patton, Brent Poer, Crissy Barker, Sutan, Christian Marc
  • CoverGirl of the Week: Heather Kuzmich

Para peserta